Ciri Khas Puyuh Jantan
Jantina boleh dikenalpasti dengan jelas ketika usia 25 hingga 30 hari. Ciri dan corak puyuh jantan ialah memiliki pola dan corak yang paling
beraneka ragam, Kadang terjadi kesalahan dalam hal mengenalpasti jenis
kelamin dari burung puyuh. Corak
yang paling umum dari puyuh jantan adalah, di bahagian dada puyuh jantan
memiliki corak yang berwarna perang dengan warna yang cerah. Corak lain
yang juga dimiliki puyuh jantan adalah warna perang yang sedikit kabur.
Satu lagi corak lain dari burung puyuh jantan yang paling sering
terjadi kesalahan dalam mengenalpasti adalah corak dengan warna perang
tetapi terdapat bintik kehitaman seperti betina.
Bentuk badan puyuh jantan adalah sedikit pendek/bulat dan tetapi mempunyai peha yang lebih besar berbanding betina.
Ciri Khas Puyuh Betina
Corak bulu pada puyuh betina tidak sesukar yang terdapat pada puyuh
jantan. Puyuh betina umumnya memiliki ciri khas di bahagian dada
berwarna putih dengan bintik-bintik hitam, dan corak lain pada puyuh
betina dibahagian dada berwarna perang pudar tetapi tetap memiliki
bintik-bintik hitam. Bintik hitam merupakan ciri khas dari puyuh betina,
ada beberapa puyuh jantan juga memiliki bintik seperti puyuh betina
tetapi bintik pada puyuh jantan berwarna perang.
Bentuk badan puyuh betina sedikit panjang berbanding jantan dan kebiasaannya lebih besar berbanding jantan.
EMPAT PERINGKAT PENGURUSAN PENTERNAKAN
A. PERINGKAT PERINDUKAN ANAK BURUNG PUYUH.
BROODER (Kotak Perindukan Palsu) :
Brooder memainkan peranan penting bagi memastikan tahap kehidupan yang tinggi semasa usia hari pertama hingga hari ke 14. Berat anak ketika DOQ ialah 7-12 gram oleh itu ia memerlukan pengawasan 24 jam. Sepanjang tempoh ini , anak puyuh akan bersalin bulu dan apabila bulu tumbuh sepenuhnya maka ia berdaya tahan terhadap cuaca sejuk. Suhu didalam brooder adalah 38 darjah celsius. Apabila mencapai 7 hari, suhu boleh dikurangkan kepada 36 darjah celsius.
Terdapat 2 jenis sistem perindukan palsu iaitu:
1) Sistem Perindukan Gas
2) Sistem Perindukan Elektrik
Sistem perindukan gas menggunakan hoover kuasa gas memasak dan sistem perindukan elektrik menggunakan lampu. Hoover biasanya digunakan pada brooder terbuka yang mengandungi anak yang banyak dan lampu digunakan didalam brooder tertutup yang mempunyai anak yang kurang.
Peralatan Perindukan Palsu (Brooder) :
B. PERINGKAT JURUSAN PUYUH PEDAGING.
Burung Puyuh jurusan pedaging yang pada peringkat awalnya dipelihara dalam kotak perindukan palsu selama 2 hingga 3 minggu, boleh diubah ke dalam reban berlantai bersarap tebal selepas 3 minggu atau kekal dalam kotak perindukan sehingga umur jualan. Kotak perindukan berkembar disyorkan untuk memudahkan
pengurusan meluaskan ruang atau kawasan untuk menjamin pembesaran yang baik. Burung puyuh pedaging sudah boleh dijual mulai berumur 30 hari mengikut saiz atau berat badan yang dikehendaki. Kebanyakan jantina yang disembelih adalah puyuh jantan kerana betina akan digunakan bagi jurusan penelur sekiranya perlu. Ini bagi menjamin bekalan baka anak puyuh.
Lantai Sarap
Peralatan Jurusan Puyuh Pedaging :
C. PERINGKAT JURUSAN PENELUR.
Pada kebiasaannya anak burung puyuh penelur tidak diasingkan jantina semasa dibekalkan. Penternak perlu
memelihara anak puyuh sehingga ke peringkat umur 25-30 har,i untuk mengenal pasti perbezaan jantina, Hanya burung puyuh betina sahaja perlu dipindahkan ke sangkar penelur ketika berumur 30-35 hari. Burung puyuh penelur dipelihara dalam sistem sangkar untuk memudahkan kutipan telur harian. Sebuah sangkar boleh menempatkan 6 hingga B ekor bergantung kepada dimensi sangkar. Burung puyuh penelur perlukan cahaya (17 jam setiap hari) dan ventilasi yang secukupnya untuk merangsang pengeluaran telur yang optimum. Burung puyuh betina mula bertukar ketika berumur 40-42 hari dan bertelur 75 peratus pada pukul 4-7 malam dan bakinya selepas 7 malam. Anggaran pengeluaran telur maksimum ialah 93 peratus dan akan terus bertelur pada tahap 60 peratus selama l tahun. Burung puyuh berupaya bertelur sebanyak 250-300 biji setahun.
Sangkar Bertingkat & Telur Puyuh
D. PERINGKAT JURUSAN PUYUH BAKA.
Kebanyakan penternak burung puyuh membeli anak burung puyuh berumur sehari atau burung puyuh dara untuk dijadikan stok baka gantian. Kebanyakannya tidak membeli daripada ladang baka yang diiktiraf mengakibatkan pengeluaran dan penyebaran baka burung puyuh yang kurang bermutu dan tidak berkualiti. Penternak burung puyuh dinasihatkan membeli puyuh baka atau anak burung puyuh dari ladang-ladang kerajaan dan ladang swasta yang telah diakui mutu pengeluarannya atau mempunyai stok baka sendiri jika inginkan hasil yang optima dan berterusan. Pengurusan menternak burung puyuh baka adalah sama dengan memelihara anak burung puyuh pedaging dan penelur kecuali beberapa faktor pengurusan berikut perlu diketahui.
Nisbah pembiakan secara biasa (natural mating) yang paling sesuai untuk mendapatkan kadar penetasan yang tinggi. Nisbah 1:3 adalah nisbah yang baik dan disyorkan lebih menguntungkan berdasarkan kepada kos ekonomi untuk mengeluarkan seekor anak burung puyuh.
Pemilihan Puyuh Baka
Anak Tetasan